00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan pemimpin agung Iran Ayatullah Ali Khamenei yang berpotensi mencetuskan ketidakstabilan
00:09serius dan berpanjangan di Timur Tengah.
00:12Menerusi hantaran di Facebook, beliau menegaskan bahawa serangan yang disengajakan terhadap Ketua Negara mewujudkan duluan berbahaya dan melemahkan norma serta
00:21prinsip yang menjadi asas tatanan antarabangsa.
00:24Katanya mereka yang menyambut kematiannya dengan kegembiraan harus menyedari akibat daripada tindakan sebegitu dan ancaman yang bersifat eksistensial jarang memberikan
00:35tindak balas yang dapat dijangka.
00:37Perdana Menteri turut menyampaikan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran pada detik yang amat mencabar ini namun menekankan agar
00:44pihak berkuasa Iran bertindak dengan penuh berhemah.
00:48Beliau berkata bahawa Malaysia menyokong kenyataan negara-negara prihatin yang menyeru semua pihak agar tidak meningkatkan ketegangan.
Comments