00:00Baik, semua kapal yang berdaftar di Malaysia dan syarikat perkapalan tempatan dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga,
00:07termasuk mengelak daripada berlayar menerusi selat hormus sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.
00:13Jabatan Laut Malaysia JLM berkata, ini bagi memastikan keselamatan pelayaran berikutan perkembangan keselamatan di Asia Barat.
00:24Katanya pengendali kapal Malaysia perlu menilai dan merancang semula laluan pelayaran dengan mengambil kira situasi keselamatan semasa.
00:32Pengendali kapal juga dinasihatkan untuk sentiasa memantau nasihat keselamatan maritim yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa antarabangsa berkaitan.
00:41Mereka juga memastikan kapal dan anak kapal mengekalkan tahap kesiapsiagaan operasi tertinggi pada setiap masa.
00:48Selain itu, mengekalkan komunikasi yang aktif dengan pengurusan syarikat serta pihak berkuasa bagi membolehkan tindakan segera diambil jika diperlukan.
00:58JLM berkata, semua langkah itu penting berikutan peningkatan situasi keselamatan yang boleh memberi risiko kepada kapal,
01:05anak kapal dan kargo yang beroperasi di kawasan terjejas.
Comments