Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kerajaan akan terus memperkukuh kapasiti dan kesiapsiagaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia bagi menghadapi cabaran perubahan iklim serta risiko bencana yang semakin kompleks.
Transcript
00:00Kerajaan akan terus memperkukuh kapasiti, latihan dan kesiapsiagaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, APM.
00:08Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha itu penting bagi membina negara yang lebih berdaya tahan dalam
00:15mendapati cabaran bencana.
00:21Menurut beliau, setiap kali negara diuji dengan bencana seperti banjir, kebakaran dan tanah runtuh,
00:26anggota APM menjadi antara pasukan terawal yang turun ke lapangan.
00:30Beliau merakamkan penghargaan kepada Wira dan Wirawati Pertahanan Awam atas dedikasi serta pengorbanan dalam menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat.
00:40Ahmad Zahid berkata demikian menerusi hantaran Facebook bersempena sambutan Hari Pertahanan Awam Sedunia ke-95.
00:47Dalam hantaran berasingan, beliau turut menzahirkan penghormatan kepada Tentera Darat Malaysia sempena Hari Tentera Darat Malaysia ke-93.
00:55Katanya selama lebih sembilan dekat, Tentera Darat Malaysia kekal sebagai benteng utama keselamatan negara selaras dengan tema tahun ini,
01:04Kemahuan untuk Menang, Pemangkin Keperkasaan Tentera Darat.
01:08Tegas beliau, Kerajaan Komitet memastikan institusi pertahanan dan keselamatan negara terus unggul, berwibawa dan bersedia menghadapi cabaran semasa.
01:19Tentera Darat Malaysia
Comments

Recommended