Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan berusaha mengekalkan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter meskipun pasaran global tidak menentu susulan konflik di Timur Tengah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan akan berusaha mengekalkan harga petrol RON95 pada harga semasa iaitu RM1.99 selita demi rakyat Malaysia.
00:09Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata meskipun berlaku ketidaktentuan pasaran global akibat konflik di Asia Barat, kerajaan bertekad mempertahankan
00:18harga semasa.
00:22Anwar Ibrahim juga Menteri Kewangan berkata kenaikan harga minyak mentah global berikutan sekatan ke atas selat hormus dijangka memberi kesan
00:29kepada negara.
00:30Namun tegasnya kerajaan akan cuba sedaya upaya untuk mengelakkan kenaikan harga RON95 khususnya di bawah program Budi Madani RON95 atau
00:39Budi95.
00:41Pasaran global ketika ini berhati-hati susulan tindakan ketenteraan AS ke atas Iran serta risiko geopolitik yang meningkat.
00:50Situasi itu memberi tekanan kepada harga minyak mentah, nilai ringgit dan aliran perdagangan.
00:55Ketika ini minyak mentah WTI meningkat 2.78% kepada $67 setong manakala minyak mentah brand menaik 2.87%
01:05kepada $72 setong.
01:11Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended