Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Tentera Israel mengesahkan telah melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas beberapa kawasan strategik di Tehran susulan operasi ketenteraan bersama Amerika Syarikat.
Transcript
00:00Tentera Israel mengesahkan telah melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas beberapa kawasan strategik di Teheran, susulan operasi ketenteraan bersama
00:09Amerika Syarikat.
00:10Dalam satu kenyataan menerusi saluran telegram, tentera Israel mendakwa serangan tersebut bertujuan menembusi pertahanan udara Iran serta melemahkan pusat kawalan
00:19penting negara itu.
00:23Rekaman dan laporan media antarabangsa menunjukkan beberapa letupan kuat dan kepulauan asap tebal menjulang dari kawasan utama di Teheran dipercayai
00:33berhampiran kompleks kementerian dan kemudahan keselamatan negara.
00:37Agensi berita IRNA turut melaporkan siri letupan yang mengegarkan sebahagian besar bandar raya itu termasuk persimpangan Syed Kandan dan Khosri,
00:47dataran Vanak serta Jalan Motahari.
00:49Bunyi dan tumuan kuat daripada serangan peluru berpandu dan jet pejuang itu mencetuskan suasana cemas dalam kalangan penduduk bandar raya
00:57tersebut ketika waktu puncak.
00:59Pihak berkuasa tempatan sedang berusaha menilai tahap kerosakan dan jumlah kemalangan jiwa di kawasan yang padat dengan pejabat pentadbiran dan
01:07premis komersial itu.
01:09Serangan ke atas pusat pemerintahan dan aset keselamatan Iran itu dilihat sebagai antara peningkatan serangan paling serius sejak konflik tercetus
01:17semula.
01:18Pihak keselamatan Iran dilapor memperketatkan kawalan di seluruh ibu kota bagi melindungi infrastruktur kritikal serta bersiap menghadapi kemungkinan serangan susulan.
01:29Siren amaran pertahanan udara turut dilaporkan berbunyi di beberapa zon sebagai langkah berjaga-jaga.
01:36Keadaan di Teheran kekal tegang dengan siren amaran terus berbunyi sementara dunia memerhatikan dengan penuh kebimbangan akan kemungkinan berlakunya perang
01:46berskala penuh di rantau Asia Barat.
Comments

Recommended