00:00Korea Utara pada ahad mengecam serangan Israel dan Amerika Syarikat ke atas Iran dan menyifatkan tindakan itu sebagai pencerobohan haram
00:08dan satu pelanggaran kedaulatan negara.
00:11Jurucakap Kementerian Luar Negara itu berkata operasi ketenteraan Amerika Syarikat terhadap Iran adalah dijangka.
00:20Kementerian menyifatkannya sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan memandangkan sifat Amerika Syarikat yang disifatkan seperti samsing.
00:28Katanya perang pencerobohan oleh Amerika Syarikat dan Israel tidak boleh diterima dalam apa jua keadaan.
00:34Selain itu, Korea Utara berkata pihak yang berkaitan dan berkepentingan di rantau berkenaan seharusnya memahami dengan tepat sifat sebenar pihak
00:43penceroboh yang memilih tindakan agresif dan perang atas alasan keamanan yang disifatkan palsu.
00:48Korea Utara turut menyeru pihak terlibat melaksanakan tanggungjawab sewajarnya dalam mengembalikan tren situasi Asia Barat kepada keamanan dan kestabilan.
Comments