00:00Dua orang dilaporkan maut manakala puluhan lagi cedera selepas sebuah tram tergelincir di pusat bandar Milan, Itali pada Jumaat.
00:08Insiden berlaku sekitar jam 4 petang waktu tempatan apabila tram berkenaan hilang kawalan sebelum merempur dinding dan melanggar beberapa pejalan
00:17kaki.
00:18Menurut Datuk Bandar Milan, Giuseppe Salah, mangsa yang terkorban terdiri daripada seorang penumpang tram dan seorang pejalan kaki.
00:25Beliau berkata sekitar 40 penumpang turut cedera dengan seorang dilaporkan dalam keadaan kritikal.
00:31Enam lagi berada dalam keadaan serius manakala selebihnya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di lokasi kejadian.
00:38Pihak berkuasa memalumkan jumlah korban mungkin lebih tinggi sekiranya kejadian berlaku pada watu puncak.
00:45Pasukan kecemasan dan polis kini menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar nahas.
00:50Operasi pembersihan dan kerja pemulihan laluan sedang dijalankan bagi memulihkan keadaan di kawasan terjejas.
Comments