00:00Seorang lelaki warga emas maut dihempap bongkah konkret yang digunakan bagi ujian beban di sebuah tapak projek pembinaan di Sekolah
00:08Kebangsaan Sagang, Simunjan pada petang Jumaat.
00:11Menurut Komander Operasi Balai Bomber dan Penyelamat Simunjan, Christopher Chungoh dalam satu kenyataan memalumkan,
00:18panggilan kecemasan diterima jam 2.08 petang sebelum sepasukan enam anggota bersama sebuah jentera LFRT digerakkan ke lokasi kejadian.
00:27Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 2.14 petang dan mendapati seorang mangsa dikenali sebagai Chai Mui Kiong, 67
00:35tahun,
00:35telah tersepit dan dihempap struktur konkret semasa kerja-kerja berkaitan ujian beban di tapak pembinaan tersebut.
00:42Anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa daripada himpitan konkret dalam tempoh kira-kira 30 minit sebelum disahkan telah meninggal dunia di
00:50tempat kejadian dan operasi seterusnya ditamatkan sepenuhnya.
00:54Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Comments