Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Kerajaan Negeri Sabah terus memperkukuh komitmen dalam membanteras rasuah dan memperkasakan tadbir urus berintegriti menerusi pelaksanaan program Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama barisan kepimpinan tertinggi negeri.
Transcript
00:00Seterusnya, Kerajaan Sabah terus memperkukuh komitmen dalam membantras rasuah dan memperkasakan tatbir urus berintegriti
00:06menerusi pelaksanaan program ikrar bebas rasuah IBR bersama Barisan Kepimpinan Tertinggi Negeri
00:13Pengarah Suruhanjaya Pencerahan Rasuah Malaysia SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad B. Basrah berkata
00:20pelaksanaan program IBR bersama Kabinet Negeri Sabah itu merupakan komitmen positif
00:25dalam usaha memperkukuh integriti serta tatbir urus yang baik.
00:30Ia juga akan diperluas ke kementerian dan agensi di bawah Kerajaan Negeri bagi memastikan
00:36usaha pencegahan rasuah dilaksanakan secara menyeluruh.
00:39Tegasnya pelaksanaan program ini juga menunjukkan keberkesanan dan keseriusan inisiatif yang dirancang
00:47supaya amalan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan ketirisan keuangan dapat dicegah dengan lebih berkesan
00:54pada rabu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Jinur mengetuai majlis IBR yang melibatkan
01:00anggota Kabinet Negeri di Menara Kinabalu.
01:03Menurut satu kenyataan daripada Jabatan Media dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri,
01:08sejurus selepas melafazkan ikrar tersebut, Haji Ji dan anggota Kabinet menandatangani dokumen IBR
01:14dengan disaksikan oleh pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad B. Basrah.
Comments

Recommended