00:00Status semasa pelaksanaan agenda Borneo Nisasi dalam Perkhidmatan Awam, Persekutuan di Sabah dan Sarawak menunjukkan perkembangan positif dengan Sarawak merekodkan
00:1087.50% semanakala Sabah 71.88%.
00:16Menteri di Jabatan Perdana Menteri Sabah dan Sarawak, Datuk Mustafa Sakmut berkata, ini segaligus mencerminkan peningkatan ketara penglibatan anak tempatan
00:25dalam penjawatan awam Persekutuan di kedua-dua negeri.
00:30Ujarnya agenda Borneo Nisasi bukan sekadar soal peratusan, sebaliknya penting dalam membangunkan kapasiti penjawat awam tempatan selain membina kepercayaan, kesinambungan
00:42dan kefahaman budaya dalam perkhidmatan kerajaan.
00:45Tidak ada sebenarnya, tidak ada dia punya spesifik peratusannya tapi maknanya kita cuba supaya agenda Borneo Nisasi itu dapat dipertingkatkan.
00:58Tapi, saya sebut juga pada masa yang sama juga, kita mahu juga supaya penjawat awam kita di Sarawak ini mengambil
01:07cabaran juga untuk pergi ke negeri-negeri lain.
01:10Supaya kita dapat mengambil pengalaman-pengalaman, terutama di Putrajaya.
01:17Budaya kerja di tempat lain itu, kita belajar dan kita bawa ke negeri kita untuk kita mempertingkatkan lagi.
01:28Usaha untuk merancang dan melaksana untuk pembangunan negeri kita.
01:34Tambahnya, pengalaman bertugas di luar negeri, khususnya di Putrajaya, mampu memperkaya kemahiran dan mempercepatkan pelaksanaan dasar apabila penjawat awam kembali
01:45berkhidmat di negeri asal.
01:47Beliau menegaskan ukuran kejayaan agenda tersebut bukan hanya bergantung kepada angka semata-mata tetapi juga sejauh mana ia memperkukuh keupayaan
01:57pentadbiran serta mempercepat pembangunan di Sabah dan Sarawak.
02:01Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan amanat menteri di Jabatan Perdana Menteri Sabah dan Sarawak
02:09bersama ketua-ketua jabatan dan agensi perseketuan di Sarawak di bangunan Sultan Iskandar Kuching pada Selasa.
Comments