00:00Fasa peralihan kuasa penuh kepada Sabah bagi menguatkuasa undang-undang berkaitan alam sekitar mengikut keperluan tempatan disasar dilaksanakan pada November
00:102026 dan ia selaras dengan semangat perjanjian Malaysia 1963 atau MA63 yang memberi kuasa autonomi dan mutlak kepada Sabah dalam
00:19bidang pengurusan alam sekitar.
00:21Sebagai persediaan ke arah peralihan kuasa itu, Sabah akan memastikan kesemua sembilan kriteria kesediaan dipenuhi sepenuhnya termasuk aspek perundangan, infrastruktur
00:32teknikal, sistem pelaporan atas dalam talian serta kapasiti sumber manusia.
00:39Komitmen Sabah itu diperkukuh menerusi usaha berterusan termasuk perbincangan strategik ke arah memperkasa kuasa negeri dalam kuatkuasaan perundangan alam sekitar.
00:48Terbaru menerusi perbincangan berhubung pelaksanaan perkara 95C Perlembagaan Persekutuan berkaitan pengurusan buangan terjadual di negeri itu di Putrajaya.
00:58Perbincangan melibatkan kerajaan negeri yang diwakili Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Dato' Jeffrey Arifin, ketika kunjungan hormat beliau
01:06ke atas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato' Sri Arthur Joseph Kurup.
01:10Tambahnya, sinergi erat antara Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam atau NRES, Kerajaan Negeri Sabah serta Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan
01:18Alam Sekitar melalui Jabatan Perlindungan Alam Sekitar akan terus diperkasa bagi memastikan pengurusan alam sekitar yang mampan, cekap, berkesan dan
01:28berdaya tahan.
01:29Beliau menyifatkan inisiatif ini sebagai satu lagi kejayaan strategik demi kesejahteraan rakyat Sabah serta Kelestarian Alam Sekitar Negeri.
Comments