00:00Intro
00:11Sedih, pilu dan hibah
00:13Itu mungkin perasaan yang sedang dirasai pelakon Amiza Aznan
00:18selepas kehilangan anak sulungnya Andre Mikhail Khairil Izhar
00:23yang meninggal dunia pada malam Isnin di Hospital Kuala Lumpur
00:27pada usia 20 tahun
00:29Allah Irham Andre mula diuji pada pertengahan Februari tahun lalu
00:33apabila disahkan menghidap kanser paru-paru tahap 3
00:37Menurut Amiza, pada awalnya anak sulungnya itu mula menunjukkan gejala
00:42seperti kekejangan otot
00:44namun lama kelamaan, simptom semakin membimbangkan
00:48apabila disusuli dengan demam, batuk dan sesak nafas
00:52Ketika itulah, naluri seorang ibu mula merasai sesuatu yang serius
00:57dan segera membawa anak bujangnya ke klinik untuk rawatan lanjut
01:02Keputusan pemeriksaan akhirnya mengesahkan ketakutan itu
01:06apabila terdapat bendalir dalam paru-paru Andre sekaligus
01:10membawa kepada dugaan yang lebih besar
01:12Biarpun diuji dengan dugaan berat
01:15Amiza kagum dengan ketabahan anaknya
01:18Andre yang dilihat tenang menerima ketentuan ilahi
01:21meskipun hakikatnya bukan sesuatu yang mudah untuk ditanggung
01:26Sebagai seorang ibu, Amiza juga tidak putus-putus berdoa
01:30agar anak sulungnya itu diberikan kekuatan dan kesembuhan
01:34Sepanjang hampir setahun, Andre menjalani kimoterapi dan rawatan lain
01:39termasuk perubatan alternatif dengan harapan agar ada keajaiban yang berlaku
01:45Bagaimanapun, Allah lebih menyanyanginya
01:49dan arwah pergi menghadap ilahi pada bulan mulia, bulan Ramadan
01:53Berita pemergian Andre dikongsikan sendiri oleh Amiza melalui Instagram
01:58dengan permintaan agar semua mendoakan dan sedekahkan bacaan Al-Fatihah
02:04untuk anak sulungnya itu
02:06Pada pagi selasa, jenazah Andre disolatkan di Masjid Al-Qairiyah AU3
02:11sebelum dikebumikan di Tanah Perkeburan Islam UK Perdana, Selangor
02:16Pengebumian yang berlangsung pada pukul 10.40 pagi itu
02:20dihadiri kira-kira 300 orang termasuk keluarga, rakan rapat dan selebriti
02:26suasana sebab jelas dirasai apabila Amiza memberi penghormatan terakhir
02:33buat anak tercinta
02:34Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah
02:37dan semoga arwah ditepatkan dalam kalangan orang-orang beriman
Comments