Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Dalam kejadian itu, hampir semua bahan pembelajaran termasuk buku, komputer dan perabot musnah, sekali gus melumpuhkan operasi sekolah yang dijadual dibuka semula esok (isnin) selepas cuti selama seminggu.
Transcript
00:00Warga Sekolah Kebangsaan Bawang dikejutkan dengan banjir paling buruk pernah berlaku
00:04apabila sekolah itu tenggelam sepenuhnya pada awal pagi Khamis.
00:09Dalam kejadian itu, hampir semua bahan pembelajaran termasuk buku, komputer dan perabot musnah
00:14seraligus melumpuhkan operasi sekolah yang dijadwal dibuka semula esok selepas cuti selama seminggu.
00:22Bagi pekerja pembersihan di sekolah itu, Juli Janting, ini adalah satu kejadian banjir yang sangat buruk buat mereka.
00:29Tidak pernah banjir naik hingga ke paras atap setiap bangunan satu tingkat itu.
00:34Masa itu kan kami tiada di sini juga, kami pas itu cuti kan, pas itu sekali mengawal keselamatannya
00:43bagi tahu macam digambarlah kawasan di sini, banjir memang mau naik.
00:50Tapi masa itu belum besar itu air betul, memang begitu-begitu sajalah yang macam tahun ke tahun yang lalu, sebelum
01:01-sebelum inilah.
01:03Jadi kami harap-harap memang tidak juga membesar begitu.
01:08Sekali itu, tidak sudah kami dapat kerja di sini sebab tenggelam sudah, sekolah pun tenggelam sudah.
01:14Kini banjir telah surut, lumpur tebal memenuhi lantai kelas manakala serpihan perabot, buku-buku rosak serta bahan pembelajaran bertimbun di
01:25setiap sudut kelas.
01:27Bahagian dalam kelas musnah hampir sepenuhnya dengan meja, kerusi, pentas sekolah dan peralatan pengajaran tidak dapat digunakan lagi.
01:36Bagi pengawal keselamatan sekolah, kejadian ini menjadi pengalaman yang paling menakutkan sepanjang beliau bertugas.
01:44Tak kejutan, saya tak kejutan di situ. Saya tidak dapat bayangkan keadaan itu.
01:49Macam mana saya mau kasih selamat lagi, ini harta benda sekolah, saya tidak dapat buat apa-apa lagi.
01:57Jadi selama 11 tahun saya berkhidmat di SK Bawang Kinai ini.
02:02Inilah sejarah yang betul-betul saya macam trauma dan tidak sangka keadaan begini.
02:08Terdahulu, pengarah pendidikan Sabah, Datuk Raisin Saidin memaklumkan bahawa sekiranya sekolah masih terjejas akibat banjir,
02:16pihak sekolah akan melaksanakan kelas ganti mengikut jumlah hari persekolahan yang tidak dapat dijalankan kerana bencana tersebut.
02:25Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended