00:00Mangsa banjir di Sabah kekal meningkat dengan jumlah terkini mangsa mencecah hingga 3,173 orang yang berlindung di 15 pusat
00:09pemindahan sementara PPS setakat 5 petang Sabtu.
00:12Menurut laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM, sebanyak dua daerah terjejas direkodkan iaitu PITAS dan Kota Marudu dengan PITAS
00:21merekodkan jumlah tertinggi mangsa iaitu lebih 1,900 orang.
00:25Semua mangsa di PITAS ditempatkan di 11 buah PPS yang dibuka, manakala di Kota Marudu jumlah mangsa terjejas adalah sekitar
00:331,200 orang.
00:34Kesemua mereka ditempatkan di 4 PPS yang dibuka termasuk SMK Tandik, SMK Tandik II, Sekolah Kebangsaan Keritipan dan SMK Bandau.
00:44Sebelum ini daerah Kota Marudu dan PITAS diisytihar banjir pada 6 pagi Jumaat, ekoran hujan berterusan sejak Khamis.
00:51Dalam pada itu, beberapa kawasan dan taman perumahan disandakan turut dilaporkan banjir termasuk Kampung Pangeran, Taman Fajar dan Taman Merpati
00:59selain kejadian jalan utama dinaiki air dan pokok tumbang juga dilaporkan berlaku.
Comments