Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Gabenor California Gavin Newsom pada Jumaat menuntut Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memulangkan semula bayaran bersama faedah kepada semua pihak yang terjejas oleh tarif beliau, selepas Mahkamah Agung AS memutuskan bahawa tarif berkenaan adalah tidak sah.
Transcript
00:00Gubernur California Gavin Newsom menuntut Presiden Syarikat Donald Trump memulangkan semula bayaran bersama faedah kepada semua pihak yang terjejas oleh
00:08tarif beliau selepas Mahkamah Agung Negara itu memutuskan bahawa tarif berkenaan adalah tidak sah.
00:14Dalam satu kenyataan, Newsom menyelar Trump dengan menyatakan tarif sebenarnya ialah rampasan wang secara haram yang meningkatkan harga dan membebankan
00:23rakyat.
00:26Dalam keputusan 63 pada Jumaat, Mahkamah Agung menyatakan bahawa dasar tarif di bawah Akta Kuasi Ekonomi Darurat Antarabangsa IEEPA adalah
00:37tidak mengikut perlembagaan sekaligus membatalkan secara rasmi tarif yang diperkenalkan oleh Trump sejak April.
00:44Newsom dan Peguam Negara California, Rob Bonta pada April memfalkan saman dengan berhujah bahawa IEEPA tidak memberi kuasa untuk mengenakan
00:53levy berkenaan.
00:54Bonta berkata pada ketika itu, tarif tersebut dijangka menyebabkan California kerugian $25 bilion dan melenyapkan 64,000 pekerjaan.
01:05Newsom berkata keputusan Mahkamah pada Jumaat mengesahkan perkara yang telah dihujahkan oleh beliau sejak awal lagi.
01:11Dalam kenyataan berbeza oleh pejabat akhbar Newsom menuntut Trump memulangkan kepada rakyat Amerika wang sebanyak $1,700 yang dikenakan cukai
01:20secara haram berdasarkan angka yang dipetik daripada laporan Universiti Yale.
Comments

Recommended