Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Donald Trump mengarahkan Pentagon dan agensi berkaitan mengenal pasti serta mendedahkan dokumen kerajaan mengenai UAP dan UFO. Arahan itu dibuat susulan peningkatan minat orang ramai, namun tanpa garis masa jelas untuk pendedahan.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan akan mengarahkan setiausaha pertahanan serta agensi berkaitan untuk memulakan proses mengenalpasti dan mendedahkan fail
00:13kerajaan berhubung hidupan asing dan objek terbang tidak dikenali.
00:18Dalam satu penyataan yang dimuat naik di laman media sosial miliknya, Trump berkata arahan itu dibuat susulan minat luar biasa
00:25yang ditujukkan orang ramai terhadap isu berkenaan.
00:30Katanya Ketua Pentegon diarahkan bersama jabatan dan agensi berkaitan untuk memulakan proses mengenalpasti dan mengeluarkan dokumen kerajaan berkaitan kehidupan mahluk
00:39asing, fenomena udara tidak dikenali UAP dan objek terbang tidak dikenali UFO.
00:45Semua maklumat berkaitan mengenai perkara itu sangat kompleks tetapi Trump akui juga menarik dan penting ia akan diteliti untuk tujuan
00:51pendedahan kepada umum.
00:53Bagaimanapun beliau tidak memperincikan garis masa atau bentuk maklumat yang bakal didedahkan.
00:57Isu berkaitan UFO dan UAP kembali menjadi perhatian sejak beberapa tahun kebelakangan ini susulan laporan dan siasatan yang dijalankan oleh
01:05pihak tentera Amerika Syarikat termasuk di bawah Jabatan Pertahanan.
01:09Setakat ini, Pantegon belum mengeluarkan kenyataan lanjut mengenainya.
Comments

Recommended