00:00Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong akan mengadakan lawatan khas ke Malaysia pada Jumaat
00:05dan dijadualkan bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
00:09Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan,
00:12kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan kerjasama dua hala serta isu-isu berkepentingan bersama
00:18termasuk hasil pemukiman pemimpin yang berlangsung pada 4 Disember 2025.
00:24Singapura merupakan jiran serta rakan utama Malaysia dalam ASEAN
00:27dengan hubungan erat dan meluas dalam pelbagai bidang.
00:31Singapura juga adalah rakan dagang kedua terbesar Malaysia
00:34dengan jumlah perdagangan mencecah RM402.35 bilion bagi tahun 2025
00:41iaitu peningkatan sebanyak 1.5% berbanding 2024.
Comments