00:00Ketibaan pelancong ke Jepun mencatat penurunan pertama dalam tempoh 4 tahun apabila angka pelawat pada Januari menurun 4.9%
00:08berbanding tempoh sama tahun lalu.
00:11Perkara itu dimaklumkan data kerajaan yang diumumkan pada Rabu.
00:16Jepun menerima 3.6 juta pelawat sekaligus menandakan penurunan pertama sejak Januari 2022.
00:23Kejatuhan itu didorong terutama oleh penurunan ketara pelancong dari China yang merosot 61% kepada 385,300 selepas Beijing menasihatkan
00:34rakyatnya mengelak perjalanan ke Jepun.
00:37Ia susulan kenyataan Perdana Menteri Sanai Takaichi mengenai kemungkinan tindakan balas ketenteraan sekiranya berlaku serangan China ke atas Taiwan.
00:46Faktor lain ialah perbezaan tarikh cuti tahun baru China yang tahun ini jatuh pada pertengahan Februari berbanding hujung Januari pada
00:542025.
00:55Penganalisis menjangka pemulihan pelancong China akan mengambil masa panjang berujuk pengalaman pada 2012 yang memerlukan 15 bulan untuk pulih.
01:04Walaupun kemasukan pelancongan China merosot, ketibaan dari negara lain menunjukkan peningkatan.
01:10Korea Selatan muncul penyumbang terbesar dengan 1.18 juta pelawat angka bulanan tertinggi pernah dicatatkan dari mana-mana negara.
01:19Penurunan baru ini mencetuskan kebimbangan terhadap kemungkinan kesan berpanjangan ketegangan diplomatik.
01:25Ini terutamanya memandangkan pelancong China menyumbang lebih 21% perbelanjaan pelancongan pada 2025.
Comments