00:00Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia akan menjalankan siasatan penuh dan telus terhadap mana-mana pegawai atau anggotanya yang didapati melanggar peraturan
00:08atau undang-undang.
00:10Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Dato' Muhammad Rusli Abdullah berkata, langkah itu bagi memastikan setiap dawaan salah laku ditangani
00:19mengikut lunas undang-undang tanpa campur tangan mana-mana pihak.
00:26Jelasnya, tindakan hanya akan diambil selepas siasatan dan proseding yang sah dijalankan.
00:31Beliau berkata pendekatan itu selari dengan penegasan Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim bahawa setiap aduan terhadap penjawat awam perlu
00:38diselidiki secara teliti dan berlandaskan undang-undang bukannya berdasarkan persepsi atau dorongan politik.
00:44Menurutnya, sepanjang tahun ini, Maritim Malaysia telah menyiasat 19 kes salah laku melibatkan rasuah tidak ahli bertugas penyalahgunaan dadah dan
00:52pelanggaran tata kelakuan, perkhidmatan awam.
00:54Daripada jumlah itu, tiga pegawai dibuang kerja, tiga ditangguh pergerakan gaji, sembilan dikenakan amaran manakala empat dibebaskan selepas siasatan lengkap.
01:03Muhammad Rusli menegaskan, Maritim Malaysia akan terus memelihara kepercayaan rakyat dengan memastikan semua anggota melaksanakan tugas secara profesional, berintegriti dan
01:11bertanggungjawab.
01:14Terima kasih telah menonton!
Comments