Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Atlet berusia 22 tahun itu mencatatkan masa keseluruhan satu minit 54.82 saat (s).
Transcript
00:00Atlet luncur Alpine negara Arwin Salehudin menamatkan kempen Sukan Olimpik Musim Sejuk Milano Cortina 2026 hari ini dengan menduduki tempat
00:09ke-44 dalam acara selam wanita di pusat ski Alpine Tofana di Itali.
00:15Menurut laman web rasmi Sukan Olimpik Musim Sejuk, atlet berusia 22 tahun itu mencatatkan masa keseluruhan 1 minit 54.82
00:25saat.
00:28Persembahan Arwin menunjukkan kemajuan ketara sepanjang hari apabila menamatkan larian pertama di tempat ke-54 dengan catatan 55.09 saat
00:38dan melonjak 10 kedudukan pada larian kedua 59.73 saat.
00:44Keputusan itu menjadi penembusan buat satu-satunya wakil Malaysia di Itali dan berjaya memperbaiki pencapaian pada penampilan pertama di Beijing
00:532022 apabila beliau gagal menamatkan saingan dalam acara sama.
00:58Acara itu menyaksikan atlet Amerika Syarikat Michaela Shifrin meraih pinggan emas dengan masa keseluruhan 1 minit 39.10 saat.
01:07Selalam ialah perlombaan ski Alpine paling pendek dengan atlet lazimnya menamatkan perlombaan dalam masa antara 50 hingga 60 saat dan
01:16mempunyai jumlah selekuh paling banyak.
01:18Peserta perlu meluncur menuruni laluan perlombaan, mengelilingi deretan pintu yang disusun secara rapat berturutan sehingga mereka tiba di garisan penamat.
01:28Jika seorang atlet gagal melepasi mana-mana pintu pada larian pertama, mereka akan menerima DNF atau Did Not Finish dan
01:36tidak dibenarkan memulakan larian kedua.
01:38Begitu juga jika terlepas mana-mana pintu atau meluncur keluar dari laluan pada larian kedua akan mengakibatkan DNF, sekaligus menghalang
01:47atlet berkenaan daripada menerima keputusan akhir rasmi.
01:50Sukan Olimpik Musim Sejuk Milano Cortina 2026 yang bermula pada 6 Februari akan berakhir ahad ini.
Comments

Recommended