00:00Jasad mangsa serangan buaya di Batang Sadung telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Sungai Putin Sadung Jaya sebelum surat
00:10asar pada Khamis.
00:11Jenazah Faizal Abdillah 30 tahun sebelum itu dituntut keluarganya di Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak setelah selesai menjalani prosedur bedah
00:21siasat.
00:24Sementara itu bapa saudara mangsa Dolah Mobun berkata rezeki jualan tangkapan udang yang kini mencanak menyebabkan mangsa begitu galak menjala
00:33udang di kawasan berkenaan.
01:06Pada selasa Faizal dari kampung Rangawan dilaporkan sedang menjala udang di Tanjakan Feri Lama Batang Sadung sebelum disambar buaya.
01:15Kejadian disaksikan rakan dan beberapa pemancing di sekitarnya.
01:19Jasad Faizal berjaya ditemui penduduk kampung yang menyertai pasukan mencari dan menyelamat kira-kira 27 jam selepas dilaporkan hilang sekitar
01:2950 meter dari lokasi disambar reptilia ganas tersebut.
01:33Punca kematian kemudian diisytiharkan sebagai lemas dengan kecederaan di kepala dan badan.
Comments