00:00Struktur persaraan di Malaysia perlu dinilai semula apabila majoriti rakyat sebenarnya tidak mempunyai keupayaan kewangan untuk bersara dengan selesa.
00:08Provost Malaysia University of Science and Technology MAST, Professor Emeritus Dr. Barjoya Bardem berkata majoriti ketika ini terlalu bergantung kepada
00:17satu skim utama iaitu kumpulan wang simpanan pekerja KWSP sebagai asas pelindungan persaraan.
00:23Masalah kita di Malaysia ini ialah kita hanya mempunyai skim KWSP sebagai asas untuk menyediakan semua orang itu bersara.
00:40Dan skim KWSP ini adalah satu-satunya skim yang diharapkan untuk memenuhi keperluan setiap orang.
00:55Sedangkan sebenarnya skim KWSP ini adalah kalau dalam pengelasan Pesatuan Buruh Antarabangsa ILO adalah skim kedua, tahap dua.
01:10Ada lagi tahap satu-satunya yang perlu dipenuhi.
01:17Dan hari ini lebih 52% pencarun dalam KWSP mempunyai simpanan kurang RM10,000.
01:29Dan 25% daripada mereka mempunyai simpanan kurang dari RM1,000.
01:36Hanya 36% yang aktif mempunyai tahap simpanan.
01:41Walaupun terdapat kebimbangan mengenai fenomena lump of labour iaitu situasi di mana pekerja berusia mengekarkan pekerjaan sehingga menjejaskan peluang generasi
01:50muda,
01:50Barjoyai menjelaskan produktiviti kumpulan pekerja lebih tua di Malaysia setakat ini belum menunjukkan penurunan ketara.
01:57Tambahnya akan wujud jurang besar dalam masyarakat di mana ramai rakyat tidak sanggup bersara bukan kerana enggan,
02:02tetapi kerana tidak mempunyai keupayaan kewangan.
02:05Keadaan ini, ujah beliau menuntut reformasi menyeluruh terhadap sistem perlindungan sosial negara,
02:10termasuk memperkukuh skim tahap asas sebelum bergantung sepenuhnya kepada caruman individu.
02:15Malaysia dijangka menjadi negara menua menjelang 2044 apabila lebih 20% penduduk berusia 60 tahun ke atas.
02:22Pada masa sama, inflasi perubatan mencecah 12.6%.
02:26Perkembangan ini dijangka meningkatkan tekanan sosioekonomi apabila warga emas terpaksa terus bekerja kerana pendapatan persaraan tidak mencukupi.
Comments