Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Ekonomi Jepun kembali mencatat pertumbuhan pada suku keempat tahun lalu apabila berkembang pada kadar tahunan 0.2 peratus bagi tempoh Oktober hingga Disember.
Transcript
00:00Ekonomi Jepun kembali mencatat pertumbuhan pada suku keempat tahun lalu apabila berkembang pada kadar tahunan kosong perpuluhan 2% bagi
00:08tempoh Oktober hingga Disember.
00:11Menurut data rasmi kerajaan, prestasi itu menyaksikan ekonomi negara itu berupaya keluar daripada penguncupan pada suku sebelumnya didorong pemulihan sederhana
00:20dalam pelaburan korporat yang beralih daripada tren penurunan sebelum ini.
00:27Data berkenaan itu menunjukkan kesan negatif tarif AS terhadap ekonomi Jepun semakin beransur reda.
00:34Perkembangan itu memberi ruang kepada Bank of Japan terus melaksanakan pendekatan berhati-hati dalam menaikkan kadar faedah sebagai sebahagian daripada
00:42usaha menomorkan dasar meneteri.
00:44Kerajaan Pimpinan Perdana Menteri Senayi Takaichi yang baru meraih kemenangan besar dalam pilihan raya turut dijangka memperhebat pelaburan melusi perbanjaan
00:52awam bersasar khususnya dalam sektor yang dianggap strategik kepada keselamatan ekonomi negara.
00:59Bagaimanapun, angka pertumbuhan terbaru itu lebih rendah daripada jangkaan pasaran.
01:03Tinjal Reuters sebelum ini menganggarkan pertumbuhan median sebanyak 1.6% manakala data suku sebelumnya disemak semula kepada penguncupan lebih
01:15besar iaitu 2.6%.
01:16Dari segi suku tahunan, ekonomi Jepun berkembang 0.1% juga lebih rendah berbanding unjuran median 0.4%.
01:26Ahli ekonomi jangkakan ekonomi keempat terbesar dunia itu akan terus berkembang secara berangsur-angsur dalam tempoh terdekat.
01:34Tingjawan Japan Center for Economic Research bulan ini mendapati 3.8 ahli ekonomi meramalkan perata pertumbuhan tahunan 1.04%
01:44pada suku pertama dan 1.12% pada suku kedua tahun ini.
Comments

Recommended