00:00Timbalan Setusaha Agong Gabungan Rakyat Sabah GRS, Dato' Armizan Muhammad Ali berkata,
00:05kabar angin bahawa bekas Naib Presiden Parti Bersatu, Dato' Sri Ronald Kiandi akan menyertai GRS,
00:11hanya spekulasi. Beliau secara peribadi berkata ianya masih terlalu awal dan sebagai seorang ahli politik senior,
00:18tidak mungkin Dato' Sri Ronald akan membuat keputusan dalam tempoh sekarang untuk menyertai parti lain.
00:24Cuma saya fikir pada peringkat sekarang ini saya melihat itu spekulasi.
00:31Satu spekulasi mungkin andaian sebab masih terlalu awal ini dan sebagai seorang senior politikian,
00:42saya tidak fikir Dato' Sri Ronald membuat keputusan dalam peringkat ini untuk kemana-mana parti sejak pun
00:51dan bukan hanya GRS, namun bagi saya itu hak beliau untuk menentukan halatuju politik beliau.
01:02Saya tidak bercakap mewakili parti-parti komponen GRS, walaupun saya Timbalan Setusaha Agong,
01:09saya tidak bercakap mewakili GRS, tidak pernah dibincangkan pun.
01:14apatah lagi mewakili PJRS, PBS, PHRS, LDP mahupun USNO.
01:26Angkatan Bersatu Anak Muda Armada Parti Peribumi Bersatu Malaysia mendakwa beberapa individu,
01:32termasuk pegawai khas kepada mantan Timbalan Presiden Parti,
01:36terlibat dalam insiden sabotaj akaun Facebook rasmi parti Peribumi Bersatu Malaysia Bersatu pada 14 Februari 2026.
01:44Menurut kenyataan media Ketua Penerangan Armada, Haris Idham Rashid,
01:49siasatan mendapati terdapat empat pentadbir kumpulan yang mempunyai akses penuh ke atas akaun berkenaan ketika kejadian berlaku.
01:58Empat individu tersebut dikenal pasti sebagai Ahmad Ikhwan Fadli, Mior Nakyuddin Syamsuddin,
02:04Fairuz Amri Ibn Suaid dan Ahmad Syafiq Adham.
02:08Armada memaklumkan hantaran berunsur sabotaj mula dimuat naik pada jam 8.54 pagi
02:13dan berakhir sekitar jam 11.44 malam pada hari yang sama,
02:18melibatkan sebanyak 21 hantaran dalam tempoh hampir 15 jam.
02:22Menurut kenyataan itu, hantaran tersebut jelas menunjolkan naratif secara positif
02:26mantan Timbalan Presiden Bersatu dan sebaliknya terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
02:32Selain itu, kenyataan itu turut mendedahkan tindakan awal bagi menguasai akaun
02:36telah dilakukan sehari sebelum kejadian, iaitu pada 13 Februari 2026,
02:41antara jam 5.34 petang hingga 5.35 petang, beberapa pentadbir kumpulan rasmi akaun tersebut telah dikeluarkan.
02:49Individu yang dikeluarkan daripada akses pentadbiran termasuk Ketua Penerangan Bersatu,
02:54Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, Pegawai Media Presiden, Muhammad Iqmal Abu Bakar,
02:58Pengarah Jabatan Komunikasi dan Media Baharu Armada, Naim Brandic,
03:02Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Sanjeevan Ramakrishnan,
03:06serta dua Ahli Jawatan Kuasa Penerangan Pusat Rio Rashid dan Frankie Ritz.
03:11Bagaimanapun, Armada memaklumkan keempat-empat individu yang terlibat telah berjaya dikeluarkan sepenuhnya
03:16daripada sebarang akses ke akaun Facebook rasmi parti pada 15 Februari 2026 jam 12.41 pagi.
03:24Pengurusan akaun tersebut kini dikatakan telah kembali sepenuhnya kepada pegawai-pegawai rasmi bersatu.
03:29Armada menyifatkan insiden itu sebagai bukti kewujudan unsur pengkhianatan dalaman
03:35dan menegaskan komitmen mereka untuk mempertahankan kepentingan serta kelansungan parti.
Comments