00:00Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Nur memaklumkan jumlah pembayaran baru berkaitan hasil negeri daripada Kerajaan Persekutuan belum dimuktamadkan.
00:10Bagaimanapun, beliau optimis pembayaran akan dibuat Kerajaan Persekutuan selaras Perjanjian Malaysia 1963 MA63.
00:21Menurutnya, mesyuarat di peringkat pegawai sedang berlangsung dan perbincangan telahpun diadakan baru-baru ini.
00:27Saya ingat akan kita terima nanti, tapi belum tahu lagi berapa jumlahnya, tapi telah diputus oleh mahkamah.
00:37Saya ingat Kerajaan Persekutuan mesti patuh dan mesti membuat pembayaran kepada apa yang termaktub dalam perjanjian MA63 kepada Sabah.
00:50Di peringkat pegawai, dia ada mesyuarat, jadi ongoing dan sudah mesyuarat baru-baru ini dan saya yakin kita akan dapat
00:59hasil ataupun pembayaran yang akan dilakukan nanti oleh Kerajaan Persekutuan.
01:06Haji Ji berkata demikian kepada media di program Jelajah Kebun Dapur Kementerian Pertanian Perikanan dan Industri Makanan Sabah, MAFI, di
01:14Tuaran.
Comments