Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Perdana Menteri Greenland Jens‑Frederik Nielsen berkata misi ketenteraan Artik, termasuk Arctic Sentry, adalah penting bagi menangani kebimbangan keselamatan rantau itu. Beliau membuat kenyataan di Munich Security Conference selepas bertemu Setiausaha Negara AS Marco Rubio dan Perdana Menteri Denmark. Ketegangan dalam NATO meningkat susulan desakan Presiden AS Donald Trump untuk “mengambil alih” Greenland, menjadikan wilayah itu semakin strategik dalam geopolitik Artik.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdana Menteri Greenland Jens Frederick Nielsen berkata misi ketenteraan di Greenland serta pelaksanaan misi NATO Arctic Sentry adalah sangat penting
00:09untuk keselamatan rantau Artik.
00:11Nielsen berkata Greenland bersetuju bahawa keselamatan di wilayah itu kini menjadi isu utama bagi Copenhagen dan Washington.
00:47Nielsen dan rakan sejawatnya dari Denmark turut bertemu dengan setiausaha negara AS Marco Rubio pada Jumaat untuk membincangkan isu keselamatan,
00:56hubungan tiga hala dan masa depan koordinasi pertahanan di Greenland.
01:00sebuah wilayah otonomi di bawah Denmark yang semakin penting dari segi strategi.
01:05Pertemuan itu berlangsung dalam suasana ketegangan yang meningkat dalam NATO selepas desakan Presiden Donald Trump menguasai Greenland, gesa yang mencetuskan
01:12tekanan diplomatik antara Copenhagen dan Washington.
01:16Gesaan Trump itu mendorong perbincangan keselamatan baru dalam NATO yang menyebabkan misi Arctic Sentry diaktifkan bagi menyelaras kehadiran ketenteraan sekutu
01:26di rantau Artik.
01:27Newsom menegaskan Greenland bersedia memainkan peranan lebih besar dalam kerjasama keselamatan serantau selagi ia menghormati otonomi dan kepentingan rakyat Greenland.
01:38Terima kasih.
01:38Terima kasih.
Comments

Recommended