Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Perdana Menteri Denmark Mette Frederiksen dan Presiden Finland Alexander Stubb pada Munich Security Conference menyeru sokongan ketenteraan serta ekonomi kepada Ukraine diteruskan. Stubb menyatakan Rusia kini berdepan kejatuhan ekonomi namun tetap enggan menamatkan perang. Frederiksen menegaskan NATO tidak boleh digugat, terutama Artikel 5 yang menjadi asas pertahanan kolektif.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pemimpin Denmark dan Finland menyeru negara-negara barat supaya meneruskan sokongan ketenteraan dan ekonomi kepada Ukraine.
00:08Perdana Menteri Denmark, Meite Frederiksen berkata, sokongan yang berterusan adalah perlu kerana Rusia tidak menunjukkan minat untuk mencari jalan damai.
00:49Bercakap pada sesi panel Munich Security Conference, Frederiksen menegaskan bahawa tumpuan kehadapan perlu diberikan kepada pengukuhan pertahanan udara Ukraine
00:57dan laluan jelas untuk penyertaan negara itu dalam pertumbuhan penjajah Atlantik Utara, NATO.
01:03Frederiksen turut memberi peringatan keras agar pemimpin dunia tidak mempersoalkan hubungan transatlantik atau kredibiliti artikel 5 NATO asas kepada komitmen
01:12pertahanan kolektif.
01:14Konflik Rusia-Ukraine kini masuk tahun keempat dengan beberapa negara Eropah memberi amaran bahawa kekurangan bantuan boleh melemahkan kedudukan Ukraine
01:22di medan perang
01:23sekaligus meningkatkan risiko Rusia meluaskan ancaman keselamatan ke Eropah Timur.
Comments

Recommended