Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Suspek merupakan warganegara Rusia dan telah ditahan di Dubai.
Transcript
00:00Lelaki yang disyaki menembak pegawai kanan merisikan tentera Rusia Vladimir Aleksev di Moskow ditahan di Dubai dan diserahkan kepada pihak berkuasa Rusia.
00:10Perkara itu dimaklumkan Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia FSB pada ahad.
00:18Menurut FSB, suspek adalah warga Rusia dan dikenali sebagai Lyubomir Korba.
00:24Menerusi sebuah rakaman, ejen FSB dilihat mengiringi suspek turun dari pesawat sejurus tiba di Moskow.
00:32Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov mendakwa Ukraine sebagai dalang cubaan pembunuhan itu yang menurutnya bertujuan menggagalkan rundingan damai perang dengan Ukraine.
00:43Ukraine bagaimanapun menafikan sebarang pembabitan dalam kejadian tersebut.
00:47Terdahulu, Aleksev dikejarkan ke hospital pada Jumaat selepas ditembak beberapa kali di ibu negara Moskow.
00:53Pejabat Pendakwa Raya Moskow memaklumkan Aleksev ditembak di sebuah bangunan kediaman di barat Laut Moskow oleh seorang penyerang yang tidak dikenali yang melarikan diri sejurus kejadian.
01:04Terdapat laporan yang menyatakan suspek menyama sebagai penghantar makanan sebelum menyerang Aleksev.
01:10Aleksev bagaimanapun dilaporkan sudah sedarkan diri selepas menjalani pembedahan.
01:14Terima kasih telah menonton!
01:15Terima kasih telah menonton!
01:16Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended