00:00Polis Bali menumpaskan satu sindiket perjudian dalam talian dikendalikan warga India dari dua vila di wilayah itu apabila 39 suspek warga India ditahan dalam operasi berkenaan.
00:12Ketua Polis Bali, Inspektor General Daniel Aditya Jaya berkata, hasil siasatan lanjut seramai 35 individu dinamakan sebagai suspek, manakala empat lagi kekal sebagai saksi.
00:23Katanya tangkapan itu dibuat susulan siasatan intensif oleh agensi siasatan jenayah saiber Polis Tempatan terhadap sindiket perjudian dalam talian yang disyaki beroperasi di wilayah berkenaan.
00:37Aditya Jaya berkata pada 15 Januari lalu, pegawai peronda saiber telah mengesan satu akaun Instagram yang mempromosikan platform perjudian dalam talian.
00:47Siasatan forensik saiber kemudiannya sahkan laman sesawang itu menyediakan perkhidmatan perjudian dalam talian sepenuhnya termasuk kemudahan deposit dan pengeluaran serta sokongan operasi.
01:00Susulan penemuan itu, polis mengenalpasti dua vila di daerah Badung dan Tabanan yang disyaki digunakan pengendali terbabit.
01:07Satu serbuan dijalankan pada 3 Februari yang membawa kepada tangkapan dan rampasan bahan bukti.
01:13Suspek juga dipercayai telah melanggar peraturan imigresen kerana didapati memasuki Indonesia menggunakan visa pelancong namun bekerja di Bali sebagai pengendali perjudian dalam talian.
01:25Kesemua suspek akan didakwa mengikut perkara 27-2 yang dibaca bersama perkara 45-3 Undang-Undang Maklumat dan Transaksi Elektronik berkaitan perjudian dalam talian
01:36serta perkara 426-1 Kanun Kesiksaan berkaitan perjudian.
01:41Pertuduhan itu membawa hukuman penjara maksimum sehingga sembilan tahun dan denda sehingga 200 juta rupiah atau sekitar 47.2 ribu ringgit.
01:53Terima kasih telah menonton!
01:55Terima kasih telah menonton!
Comments