00:00Bertemu kembali, Perdana Menteri Jepun Sanai Takaichi bersama gabungannya dijangka meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jepun berlangsung ahad.
00:10Menurut media tempatan, Parti Demokratik Liberal LDP, pimpinan Takaichi dan rakan gabungannya, Parti Inovasi Jepun Ishin, berpotensi memperoleh sehingga 366 daripada 465 kerusi.
00:23Parti LDP sahaja telahpun mencapai 233 kerusi yang diperlukan untuk majoriti, kira-kira 90 minit selepas pusat pengundian ditutup.
00:35Parti itu dijangka memenangi sehingga 328 kerusi yang akan menjadi pencapaian terbaik dalam sejarahnya.
00:42Usai tinjauan keluar mengundi diumumkan, Takaichi dan anggota parti lain dilihat meletakkan kertas merah berbentuk bunga ros pada nama calon yang menang di ibu pejabat parti berkenaan.
00:55Sementara itu, proses pengiraan undi masih berjalan selepas pusat pengundian ditutup.
01:00Takaichi mengadakan pilihan raya mengejut pada musim sejuk untuk memanfaatkan lonjakan sokongan terhadap beliau sejak dilantik mengetuai LDP pada akhir tahun lalu.
01:12Terima kasih.
Comments