Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Tindakan itu mengakibatkan seorang penunggang motosikal jenis Suzuki V-Strom SX yang sedang bergerak di antara lorong tidak sempat mengelak lalu melanggar pintu kenderaan berkenaan sebelum hilang kawalan dan merempuh beberapa kenderaan lain

Penunggang Suzuki V-Strom SX berusia 25 tahun mengalami kecederaan patah tangan kiri dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur manakala penunggang CFMOTO berusia 30 tahun mengalami cedera ringan.

Pemandu empat kenderaan lain iaitu Toyota Corolla Cross, Honda City, Volkswagen Polo dan Perodua Bezza dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tanpa cermat dan tidak bertimbang rasa.
Transcript
00:00Kemalangan enam kenderaan di Jalan Tun Razak pada Jumaat dikenalpasti berpunca daripada tindakan seorang kanak-kanak secara tidak sengaja membuka pintu belakang sebuah kereta.
00:12Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisional Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata,
00:18nahas itu melibatkan empat kereta dan dua motosikal dari arah bulatan kampung pandan menghala ke Menara Berkembar Petronas.
00:25Jelasnya siasatan awal mendapati kanak-kanak berusia dua tahun itu ketika kejadian berada di tempat duduk penumpang belakang dengan di pangku saudaranya.
00:38Dia secara mengejut membuka pintu belakang sebelah kiri.
00:41Ciri kunci keselamatan kanak-kanak atau child lock juga dipercayai tidak diaktifkan menyebabkan pintu kenderaan dapat dibuka dari bahagian dalam.
00:51Tindakan berkenaan mengakibatkan seorang penunggang motosikal yang sedang bergerak di antara lorong tidak sempat mengelak lalu menanggar pintu kenderaan terbabit.
01:03Penunggang itu kemudiannya hilang kawalan dan merempuh beberapa kenderaan lain.
01:08Mangsa mengalami kecederaan patah tangan kiri dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
01:13Tambahnya seorang lagi penunggang motosikal yang berada di belakang penunggang pertama gagal mengelak lalu terlibat sama dalam pelanggaran itu.
01:22Difahamkan mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.
01:26Pemandu empat kenderaan lain dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
01:30Kes disiasat di bawah Seksyen 43-1 Akta Pengangkutan Jalan 1957 kerana memandu tanpa cermat dan tidak bertimbang rasa.
Comments

Recommended