00:00Dua beradik dihadapkan ke Mahkamah Magistrit Johor Baharu pada Rabu atas tuduhan membunuh seorang lelaki yang merupakan salah seorang daripada enam mangsa dalam kes pembunuhan kejam melibatkan penemuan rangka manusia di Kangkar Pulai, Sekudai tahun lalu.
00:16R. Arasan, 32 tahun, yang hadir bertongkat bersama abangnya R. Utes, 36 tahun, mengangguk faham pertuduhan dihadapi mereka namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Magistrit Nabilah Nizam.
00:31Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka didakwa membunuh V. Tamil Selvan, 28 tahun, di sebuah rumah tidak bernombor dalam ladang kelapa sawit Kangkar Pulai antara jam 12.30 tengah malam hingga 4 pagi 15 September 2025.
00:50Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
01:00Pada selasa, enam rangka manusia termasuk lima sekeluarga yang dipercayai telah meninggal dunia lebih tiga bulan ditemukan di sebuah rumah yang terbakar di kawasan kebun kelapa sawit di Kangkar Pulai, Sekudai bulan lalu.
01:16Ketua Polis Johor, Dato' Abrahman Arsad berkata, suami kepada seorang daripada mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri pada 9 Januari lalu setelah menemui rangka manusia ketika mencari isteri dan anak-anaknya yang dilaporkan hilang.
01:34Terima kasih kerana menonton!
01:38Terima kasih kerana menonton!
Comments