Skip to playerSkip to main content
  • 1 week ago
Amazon.com mengunjurkan perbelanjaan modal besar pada 2026, mencerminkan pelaburan AI sektor teknologi terus meningkat.
Transcript
00:00Amazon.com menyertai syarikat teknologi gergasi lain dengan mengunjurkan perbelanjaan modal yang besar pada 2026 yang sekaligus mengukuhkan petunjuk bahawa pelaburan dalam kecerdasan buatan AI oleh sektor teknologi akan terus dipertingkatkan dalam masa terdekat.
00:17Syarikat itu menjangkakan perbelanjaan modal sekitar 200 bilion dolar Amerika di seluruh operasi Amazon pada 2026 meningkat ketara berbanding anggaran 144.67 bilion dolar Amerika.
00:33Secara keseluruhan syarikat teknologi besar kini membelanjakan jumlah yang besar bagi teknologi pemprosesan, pusat data dan peralatan rangkaian.
00:41Empat penyedia perkhidmatan awan terbesar dunia iaitu Amazon, Microsoft, Google Media Alphabet dan Meta dijangka membelanjakan lebih 500 bilion dolar Amerika secara kolektif tahun ini.
00:54Namun laporan pendapatan sektor teknologi kebelakangan ini menunjukkan mesej jelas daripada Wall Street bahawa perbelanjaan AI yang melonjak hanya dapat diteruskan sekiranya syarikat mampu menunjukkan pulangan operasi atau kewangan yang sepadan.
01:07Ramalan perbelanjaan modal Google yang tinggi antara $175 hingga $185 bilion dolar Amerika tahun ini diterima baik pelabur sesulang pertumbuhan kukuh.
01:18Begitu juga dengan rancangan meta untuk membelanjakan antara $115 hingga $135 bilion dolar Amerika.
01:26Sebaliknya, saham Microsoft ditekan minggu lalu selepas pertumbuhan unit perkhidmatan awannya hanya sedikit melepasi anggaran pasaran.
01:33Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended