00:00Atas penentuan sempadan darat antarabangsa Malaysia dengan Republik Indonesia adalah berdasarkan dua konvensyen dan satu perjanjian.
00:11Untuk keseluruhan Sabah dan Sarawak, konvensyen persempadanan antara kerajaan British dan Belanda, boundary convention 1891.
00:23Untuk Sabah, perjanjian persempadanan antara kerajaan British dan Kerajaan Belanda, boundary agreement 1915.
00:33Untuk sebagian kecil sektor di Sarawak, konvensyen persempadanan antara kerajaan British dan Belanda yang telah ditandatangani di Hague pada 26 Mac 1928, boundary convention 1928.
00:51Bagaimana penentuan jajaran persempadanan di kawasan outstanding boundary problem OPB, Sungai Sinapat, Sungai Sesai yang menjadi isu ketika ini adalah berdasarkan kepada boundary convention 1891 dan boundary agreement 1915.
01:16Prinsip terkandung dalam perjanjian ini adalah penentuan kawasan berdasarkan kedudukan Muara Sungai Sinapat dan Sungai Sesai di garis latitude 4 darjah 20 minit utara.
01:35Iaitu, di utara garis latitude 4 menit 20 utara, kawasan itu adalah di bawah British Sabah, manakala di selatan garis latitude 4 menit 20 utara, kawasan itu adalah di bawah Belanda Indonesia.
01:58Kerja-kerja yang persembahan pandangan dimulakan pada tahun 1977 bersama Indonesia dan Malaysia
02:08Berdasarkan peta dalam perjanjian tahun 1915, kedudukan muara Sungai Sinapat dan Sungai Sesai berada di selatan garis latitude 4 minit 20 utara
02:29Namun demikian hasil daripada pengukuran bersama didapati Sungai Sinapat sebenarnya bermuara di utara garis latitude 4 dan 20 bukannya di selatan
02:42Maka pada pandangan Malaysia semua lembangan sungai yang bermuara di utara garis latitude 4 dan 20 tadi adalah kepunyaan Malaysia
02:53Dan saya bentangkan juga peta supaya dapat difahami
02:58Kawasan OPB sebelum ini tidak boleh dianggap sebagai kawasan milik mana-mana negara
03:08Kerana kawasan itu merupakan kawasan rundingan dan pentuan sempadan yang masih belum dimuktamadkan sejak dulu lagi
03:18Saya ingin menegaskan bahawa penentuan sempadan tidak bersandarkan pada prinsip pampasan
03:25Atau timbal balik atau untung rugi seperti yang didakwa
03:29Sebaliknya penentuan sempadan antara Malaysia dan Indonesia adalah bersandarkan kepada konvensyen dan perjanjian seperti yang dijelaskan tadi
03:37Terima kasih kerana menonton!
Comments