00:00Syarikat penerbangan Air Borneo tempah 8 pesawat ATR baharu menerusi kerjasama dengan ATR bagi memodernkan perkhidmatan udara luar bandar atau RAS di wilayah Borneo itu.
00:11Ia merangkumi 5 ATR 72.600 dan 3 ATR 42.600 selain hak pembelian untuk 4 pesawat tambahan dengan penghantaran dijadwalkan antara 2027 hingga 2029.
00:25Menurut kenyataan media Air Borneo pada selasa, pengendalan pesawat ATR 42.600 dan ATR 72.600 akan menambah baik pengalaman penumpang, keboleh percayaan operasi serta keupayaan perkhidmatan selain dilengkapi avionik modern, teknologi navigasi terkini dan keselesaan kabin yang lebih baik.
00:45Malah pesawat itu juga sesuai untuk operasi perubatan menggunakan pengusung serta penerbangan di laluan luar bandar yang mencabak.
00:52Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Air Borneo, Megat Ardian, kerjasama dengan ATR itu mencerminkan komitmen syarikat untuk menyediakan perkhidmatan udara yang selamat, boleh dipercayai dan modern kepada komuniti yang bergantung kepada RAS.
01:06Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ATR, Natalie Tarnout-Laudet menyifatkan keputusan Air Borneo melabur dalam kedua-dua model ATR 72.600 dan ATR 42.600 sebagai bukti kesesuaian keluarga pesawat ATR untuk operasi serantau yang mencabar,
01:22sekaligus menyokong usaha memperkukuh kesaling hubungan udara di Borneo dan rantau sekitarnya.
01:28Ketika ini, syarikat itu mengendalikan 8 pesawat ATR 72.500 yang diwarisi daripada Mars Wings,
01:34manakala siri ATR 600 dijangka menjadi tulang belakang operasi RAS yang lebih cekap dan berdaya tahan di Malaysia Timur.
Comments