00:00Anggota penguatkuasa pihak berkuasa tempatan di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan, JAWP, bakal menggunakan kamera badan semasa menjalankan operasi bermula suku keempat tahun ini.
00:11Menteri Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan, Hanah Yoh berkata, inisiatif itu antara empat langkah utama yang dikenalpasti menerusi kerjasama strategik bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM.
00:26Katanya langkah itu akan dilaksanakan secara berperingkat.
00:30Beliau berkata banyak aduan diterima mengenai tabiat rasuah ketika penguatkuasa turun ke lapangan dan langkah ini dilihat dapat memperkukuh integriti serta meningkatkan ketelusan dalam tindakan penguatkuasaan.
00:42Tambahnya pusingan kerja juga akan dilaksanakan dengan lebih kerap bagi mengelakkan isu keakraban pegawai dengan pihak berkepentingan.
00:49JWP dan SPRM pada selasa memeterai nota kerjasama yang memabitkan perkongsian maklumat, kepakaran dalam pengesanan serta pengesahan aduan atau salah laku di samping penyaluran maklumat konsisten berkaitan jenayah rasuah.
Comments