00:00Polis telah mengenalpasti suspek kes pergaduhan di sebuah kedai serbaneka di Petaling Jaya yang tular di media sosial pada Sabtu.
00:09Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Syamsuddin Mamad berkata, pekerja premis itu membuat laporan pada 3.26 petang Sabtu.
00:18Menurut Syamsuddin, siasatan awal mendapati insiden bermula apabila suspek masuk ke dalam premis dalam keadaan mabuk dan bertindak mengganggu pekerja sehingga mencetuskan pergaduhan yang mengakibatkan kecederaan ringan.
00:34Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan polis akan memanggil suspek serta saksi untuk dirakam percakapan.
00:42Beliau menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak tepat atau membuat sebarang spekulasi tidak benar di media sosial berhubung insiden itu.
00:54Video kejadian itu tular di media sosial memaparkan dua lelaki sedang bergelut di hadapan kaunter bayaran sebuah kedai serbaneka yang turut disaksikan beberapa pelanggan lain.
Comments