Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Telefon bimbit dan iPad milik Nawal Shahirah dilaporkan terakhir aktif dikesan pada malam Selasa, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai keselamatannya.
Transcript
00:00Seterusnya kehilangan seorang pelajar Universiti Melayu sejak selasa lepas menimbulkan kebimbangan apabila telefon bimbit dan iPad miliknya dilaporkan terakhir aktif dikesan pada malam yang sama sekaligus mencetuskan soalan mengenai keselamatannya.
00:15Menurut hebahan yang tular di media sosial, pelajar itu dikenalpasti sebagai Nawal Syahirah Muhammad Jamil berusia 23 tahun, pelajar tahun 3, Ijazah Sarjana Muda Ekonomi.
00:25Difahamkan Nawal tidak dapat dihubungi sejak meninggalkan tempat kediamannya di Ryan & Miho di Petaling Jaya pada selasa malam iaitu 27 Januari lepas.
00:36Sesulan penularan kes perkenaan Universiti Melayu dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan sedang bekerjasama dengan polis untuk membantu mengesan pelajar itu.
00:45UM berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan telah mengambil perkara atau mengambil langkah segera untuk berhubung dengan pihak berkuasa dan keluarga Nawal bagi menyalurkan bantuan dan sokongan yang sewajarnya.
00:58Terima kasih.
01:03Tentukan menonton!
01:05Terima kasih.
Comments

Recommended