Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu diambil susulan reaksi dan kecaman orang ramai terhadap cadangan penganjuran festival berkenaan.
Transcript
00:00Kerajaan akan menyesuaikan penganjuran festival muzikal air supaya ia selari dengan sensitiviti masyarakat, nilai tempatan dan imej negara.
00:10Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu diambil sesuai reaksi dan kecaman orang ramai terhadap cadangan penganjuran festival penahan.
00:20Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melancarkan larian visit Malaysia 2026 di Kuala Lumpur pada Ahad.
00:41Sebelum ini, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya MOTEC merancang penganjuran festival muzikal air di sekitar Bukit Bintang bermula 1 Mei selama tiga hari yang dijangka menarik kehadiran pengunjung tempatan serta pelancong asing.
00:55Bagaimanapun, cadangan penganjuran festival tersebut menerima kecaman daripada beberapa pihak.
00:59Menurut pengerusi Lajenah Dakwah dan Pembelaan Islam Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Sukri Omar berkata,
01:06sebarang acara berskala besar yang membawa imej negara perlu berteraskan nilai, adab serta warisan ketimuran.
01:13Beliau turut menuarakan kebimbangan bahawa konsep festival muzikal air itu dilihat mengadaptasi hiburan jalanan terbuka yang asing daripada norma masyarakat Malaysia.
01:24Turut Senada, Naib Ketua UMNO bahagian Bukit Bintang Rizwan Zamri yang melihat isu berkenaan perlu diberi perhatian yang serius kerana ia melibatkan soal nilai, akhlak dan jati diri negara memandangkan Islam merupakan agama persekutuan.
Comments

Recommended