00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan sebarang kaitan dengan kes melibatkan individu kontroversi Jeffrey Epstein.
00:09Penafian itu dibuat susulan dawaan yang mengaitkan nama beliau dalam satu email oleh pihak luar berkaitan kes berkenaan.
00:16Menerusi satu hantaran di Facebook pada ahad, Perdana Menteri berkata,
00:20beliau hanya dimaklumkan mengenai perkara itu baru-baru ini.
00:23Apabila terdapat pihak yang ingin bertemu sambil memetik namanya dalam email terbabit,
00:30beliau menegaskan dawaan itu tidak berasas dan menolak sebarang cubaan mengaitkan dirinya dengan isu sensitif berprofil tinggi itu.
00:38Beliau turut menyifatkan dawaan terbabit sebagai menjijikkan dan tidak bertanggungjawab.
00:44Dalam email bertarikh 21 Februari 2012, seseorang yang mendakwa rapat dengan Anwar mencadangkan agar diatur satu pertemuan
00:53antara Anwar dan seorang individu dikenali sebagai Jess yang disyaki merujuk kepada Jess Staley,
01:00Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Perbankan Pelaburan JP Morgan.
01:03Email itu menyatakan jika Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia, ia akan membersihkan dan membuka peluang besar untuk JP Morgan.
Comments