Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan penggantungan kontrak sedia ada dengan 1,800 agensi pelancongan asing daripada kira-kira 5,800 agensi yang beroperasi dalam sektor umrah.
Transcript
00:00Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan penggantungan kontrak sedia ada dengan 1,800 agensi pelancongan asing daripada kira-kira 5,800 agensi yang beroperasi dalam sektor umrah.
00:14Agensi Berita Saudi SPA melaporkan langkah itu termasuk memberikan tempoh 10 hari kepada agensi terjejas untuk membetulkan kekurangan yang dikenalpasti semasa penilaian berkala yang mendedahkan kelemahan dalam prestasi dan kualiti perkhidmatan.
00:30Menurut Kementerian, penggantungan itu hanya terpakai bagi pengeluaran visa baharu dan merupakan sebahagian daripada pendekatan pengawal seliaan yang direka untuk membantu agensi menengani isu penggelasan selain meningkatkan pematuhan terhadap piawaya yang diluluskan.
00:49Kontrak akan diaktifkan semula sebaik syarat dipenuhi dalam tempoh yang diberikan.
00:54Kementerian menekankan bahawa jemaah yang mempunyai visa sah atau tumpahan sedia ada tidak akan terjejas dan perkhidmatan akan diteruskan tanpa gangguan.
01:04Jurucakap Kementerian Ghassan Al-Waimi berkata tindakan pengawal seliaan akan diambil terhadap mana-mana agensi yang gagal membetulkan kekurangan mereka sebelum tarikh akhir ditetapkan.
01:16Biar menambah, Kementerian akan terus menggunakan alat pemantauan dan penilaian untuk mengukuhkan keboleh percayaan sektor umrah serta melindungi hak-hak jemaah.
Comments

Recommended