00:00Bertemu kembali dalam laporan antarabangsa, dua lelaki bersenjatakan tukul merompak kedai barang kemas Gregory & Co. di Richmond, Barat, London pada Sabtu pagi.
00:11Rakaman video tular memaparkan suspek memecahkan cermin dan melarikan barang kemas dalam rompakan secara terbuka dikelilingi orang ramai yang lalu-lalang di kawasan komersial itu.
00:22Polis Metropolitan London mengesahkan pihaknya sedang mengumpul rakaman kamera litar tertutup serta bukti di sekitar kawasan kejadian untuk mengenal pasti suspek.
00:33Tiada tangkapan dilaporkan setakat ini dan polis menggesa mana-mana saksi yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.
00:41Sesudahan itu, pihak polis menyeru semua pihak sentiasa berwaspada kerana insiden sedemikian dianggap sebagai sebahagian daripada tren peningkatan jenayah smash and grab di London.
Comments