00:00Lintasan Rafah hari ini dibuka semula untuk membolehkan beberapa barangan keperluan untuk dibawa masuk ke Gaza.
00:07Tinjauan di lintasan yang dilihat sebagai laluan penting mengembalikan kehidupan rakyat Palestine di Gaza.
00:15Selepas serangan kejam Zionis sejak 2023 sibuk dengan lori dan ambulans seawal pagi ahad.
00:22Agensi berita dan maklumat Palestine WAFA melaporkan bahawa pegawai media di Pejabat Kesatuan Eropah EU di Baitul Maqdis, Shadi Osman berkata operasi percubaan di laluan itu pada ahad bagi memudahkan pergerakan rakyat Palestine dari dan ke semenanjung Gaza.
00:41Bercakap kepada Radio Voice of Palestine, Osman berkata objektif pertama pada peringkat ini adalah untuk memastikan sempadan dibuka dari kedua-dua arah membolehkan penumpang masuk dan keluar dengan lancar.
00:55Selain itu, ada pihak mendakwa pembukaan lintasan itu adalah untuk menguji sistem teknikal dan keselamatan dengan hanya sebilangan kecil orang dimenarkan untuk melaluinya sebagai sebahagian daripada ujian.
01:07Laluan dua hala untuk penduduk dijangka bermula pada Ismail.
01:13Orang ramai mesti menyerahkan permohonan mereka sekurang-kurangnya 24 jam lebih awal dan menjalani tapisan keselamatan jauh oleh agensi Israel.
01:21Pada 7 Mei 2024, tentera pendudukan Israel menceroboh masuk kesepadan darat Rafah dan menutup sepenuhnya mengakibatkan pergerakan penumpang dan kemasukan bantuan ke semenanjung Gaza terhenti.
Comments