Skip to playerSkip to main content
  • 19 hours ago
Kerajaan negeri akan memantau kesan kenaikan tarif elektrik terhadap pengguna susulan pelaksanaan tarik elektrik baharu di Sabah dan Labuan yang berkuat kuasa hari ini.
Transcript
00:00Kerajaan Sabah akan memantau kesan kenaikan tarif elektrik terhadap pengguna susulan pelaksanaan tarif elektrik baru di Sabah dan Labuan yang berkuat kuasa hari ini.
00:10Ketua Menteri Sabah, Datuk Suwi Haji Zinur memberi jaminan, kenaikan tarif tersebut adalah minimum dan tidak membebankan majoriti pengguna domestik di negeri ini.
00:21Tegas Haji Zinur, kenaikan tarif elektrik adalah sejajar dengan keperluan semasa untuk meningkatkan perkhidmatan.
00:27Berikutan kos yang ditanggung kerajaan negeri sebelum ini amat tinggi.
00:32Tarif kita di Sabah ini agak rendah kalau kita bandingkan dengan sepenanjung Malaysia.
00:40Kita cuba naik lebih kurang 5 sen, 15% saja.
00:45Dan ianya tidak begitu membebankan kepada rakyat biasa yang mungkin sekitar 70-80% yang tinggal di Sabah ini.
00:57Jadi ini tidak dapat dielakkan kerana kita menanggung kos yang tinggi bermacam-macam sekarang ini.
01:06Jadi ianya perlu untuk kita mengatasi semua ini.
01:13Haji Zinur juga memberi jaminan akan terus memantau kesan kenaikan tarif elektrik
01:18dan memberi jaminan ia adalah langkah terbaik untuk pembekalan tenaga elektrik yang lebih baik kepada penduduk.
01:24Kita sentiasa tengok apakah kesannya.
01:28Tetapi saya ingat kerana kesannya cuma sedikit.
01:33Kalau orang itu sekarang bayar contoh 100 ringgit, dia cuma mungkin tambah sekitar 15 ringgit saja.
01:42Takkanlah membebankan sangat.
01:44Kalau 15 ringgit kita dapat elektrik yang bagus apa semua itu.
01:49Jadi ini dia punya rasional.
01:53Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa hadir merasmikan Sekolah Agama Negeri Apas Balung Tawau
01:59yang bernilai RM1.5 juta pada ahad.
Comments

Recommended