Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Skuad futsal negara menamatkan kempen Piala Asia Futsal 2026 dengan kekalahan 1-6 kepada Arab Saudi dalam aksi terakhir Kumpulan D di Velodrom Antarabangsa Jakarta, Indonesia, malam tadi.
Transcript
00:00Skuad Futsal Negara menamatkan kempen Piala Asia Futsal 2026 dengan kekalahan 1-6 kepada Arab Saudi dalam aksi terakhir kumpulan D di velodrom antarabangsa Jakarta, Indonesia malam tadi.
00:12Keputusan itu menyaksikan Malaysia tersingkir tanpa sebarang kemenangan selepas dewas 1-4 kepada juara bertahan Iran dan di belasah Afghanistan 0-7 dalam dua perlawanan sebelum ini.
00:23Dalam pertemungan pada ahad, Arab Saudi yang turut sudah tersingkir berjaya mendahului 4-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Fahad Muhalhirudaini pada minit ke-5, Ehab Muhammad minit ke-8 dan ke-16 dan Fahad Awad pada minit ke-12.
00:41Ehab melengkapkan hat-trick menerusi gol ke-5 pada minit ke-23 sebelum Abdullah Muhammad Al-Aqili menjaringkan gol ke-6 Arab Saudi pada minit ke-35.
00:51Pasukan negara bimbingan Adi Azwan Zainal memperoleh gol sagu hati menerusi Awadudaini Maknawi pada minit ke-39.
00:59Sebagai rekod, ini merupakan penampilan pertama skuad futsal negara di pentas Piala Asia selepas sekali terakhir layak pada edisi 2018 di Taiwan.
01:08Dalam 12 penampilan sejak 1999, Malaysia hanya beraksi di peringkat kumpulan dan masih belum pernah mara ke suku akhir.
Comments

Recommended