Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mengesahkan bahawa Sistem Aerotrain di KLIA berada dalam keadaan stabil, selamat dan mampu beroperasi seperti dirancang selepas melalui Pelan Tindakan Komprehensif (CAP) serta penilaian oleh penilai rel bebas. Gangguan awal dikenal pasti sebagai situasi lazim bagi sistem rel kompleks dalam fasa operasi awal.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Penilaian sistem aerotrain di lapangan terbangan terbangsa Kuala Lumpur, KLIA didapati mampu berfungsi seperti yang direka dan selamat untuk diteruskan operasinya.
00:09Perkara tersebut disahkan Malaysia Airports Holding Berhad, MAHB serta penilai rail bebas yang dilantik yang telah mendapati bahawa gangguan awal itu merupakan perkara lazim yang sering berlaku dalam fasa awal operasi sistem rail yang kompleks.
00:24Menurut MAHB, hasil Plan Tindakan Komprehensif ataupun CAP yang dijalankan mendapati isu yang dikenalpasti tidak menimbulkan sebarang risiko keselamatan dan boleh ditangani melalui penyelenggaraan yang berkala.
00:40Jelas syarikat itu, sepanjang CAP dijalankan bermula pada 15 November lalu, turut mendapati operasi aerotrain kekal stabil dan boleh diteruskan dengan selamat.
00:50Tambahnya, tahap kesediaan perkhidmatan operasi juga mencatatkan 100% pada Disember 2025 meningkat berbanding 98.67% pada Julai 2025.
01:03Perkara ini sekaligus mencerminkan tahap keboleh operasian sistem yang tinggi walaupun kerja pemeriksaan, ujian dan pengesahan sedang dijalankan.
01:12Walaubagaimanapun, penilai rail yang dilantik itu juga mengenalpasti dua sistem kritikal yang memberi kesan langsung kepada keboleh percayaan tren dan prestasi pemulihan perkhidmatan iaitu sistem bekalan kuasa dan tren atau rolling stock.
01:27Selain itu, operasi percubaan juga telah dilaksanakan pada 16 hingga 24 Disember 2025 melibatkan 18 kes ujian terancang merangkumi bekalan kuasa antara muka kenderaan dan isyarat serta sistem penggera kebakaran.
01:43MAHB terus memaklumkan kerja pemeriksaan dan pembaikan di seluruh sistem aerotren telah diselesaikan dengan program kini berada pada peringkat akhir bagi menutup baki tindakan pembaikan yang dikenalpasti.
01:56Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended