Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Polis Johor Bahru Selatan mengeluarkan 247 saman dan menyita 117 motosikal dalam Operasi Bersepadu Motosikal di Jalan Ismail Sultan. Dua individu ditahan kerana motosikal curi dan tunggang berbahaya, manakala enam lagi positif dadah. JAS turut mengeluarkan 21 kompaun dan 25 notis. Operasi bertujuan membanteras samseng jalanan dan gangguan ketenteraman awam.
Transcript
00:01Sebanyak 247 saman telah dituarkan dan 117 motosikal disita dalam operasi bersepadu motosikal di Johor Bahru Selatan pada Ahad.
00:10Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raut Selamat berkata operasi bermula jam 5 petang hingga 1 pagi dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar JAS dan Majlis Bandaraya Johor Bahru MBJB.
00:22Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan
00:53Raut maklumkan dua individu ditahan kerana disyaki menggunakan motosikal curi dan menunggang secara berbahaya.
01:00Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kandung Keseksaan Curi Motosikal dan Seksyen 42 Kurungan 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987 menunggang secara berbahaya.
01:11Selain itu, saringan air kencing mendapati enam lelaki berusia 22 hingga 48 tahun positif metamphetamine, ketamine dan THC disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
01:23Seorang lelaki yang mempunyai rekod dikendaki di bawah Seksyen 420 Kandung Keseksaan turut ditahan bagi tindakan lanjut.
01:31Sementara itu, dalam operasi sama, JAS telah keluarkan 21 kompaun dan 25 notis hadir semula pemeriksaan dikeluarkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
01:43Rauk berkata kerjasama bersepadu ini akan diteruskan secara berkala bagi memastikan keselamatan jalan raya dan mengurangkan gangguan ketenteraan awam di daerah Johor Baru Selatan.
Comments

Recommended