00:00Bertemu kembali, Menteri Belia dan Sukan Dr. Muhammad Taufik Johari memberi ruang kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM untuk menguruskan kemelut yang melanda badan induk itu.
00:11Menurut beliau, pihaknya masih menunggu keputusan khas daripada FAM sebelum mengulas lanjut mengenai perancangan masa depan badan itu.
00:20Saya menghormati apa juga keputusan yang telah pun dibuat oleh Expo FAM untuk meletakkan jawatan.
00:30Di peringkat TBS, kita sentiasa faham dan juga memberikan ruang kepada FAM untuk buat yang terbaik dan di pihak saya masih menunggu keputusan khas.
00:40Yang keputusan itu, kita lihat bagaimana. Sebelum keputusan dibuat dan sebelum saya dapat apa-apa pandangan dan juga apa-apa keputusan, saya tidak boleh memberikan sebarang komen yang lebih daripada itu.
00:55Selain itu, Taufik berkata kemelut tersebut diharap tidak melunturkan semangat rakyat untuk terus memberikan sokongan terhadap sukan bola sepak negara.
01:04Terdahulu, FAM mengumumkan bahawa semua ahli jawatan kuasa eksekutif bagi penggal 2025-2029 secara kolektif dan meletakkan jawatan berkuatkuasa serta-merta.
01:17Pemangku Presiden FAM, Datuk Muhammad Yusuf Mahadi sebelum ini menjelaskan keputusan itu dibuat secara sebulat suara dengan mengambil kira tanggungjawab organisasi dan tanpa kepentingan atau jawatan pribadi.
Comments