Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, UMNO bersedia untuk berunding mengenai isu berkenaan melalui saluran rasmi dan pada masa yang sesuai, selain menambah bahawa pembahagian kerusi sering dilakukan berdasarkan amalan lazim.
Transcript
00:00Di malam pengurusi UMNO Johor, Dato' Sri Ahmad Maslan menegur Parti Amanah Negara supaya tidak mengeluarkan kenyataan terbuka mengenai pembahagian kerusi menjelang PRN akan datang.
00:11Katanya, isu tersebut perlu dibincangkan secara tertutup di antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan dan bukan untuk didedahkan kepada umum.
00:22Katanya UMNO bersedia untuk berunding mengenai isu berkenaan melalui saluran rasmi dan pada masa yang sesuai.
00:29Beliau juga ahli majlis tertinggi UMNO menambah pembahagian kerusi sering dilakukan berdasarkan amalan lazim.
00:36Siapa-siapa yang telah memenangi satu-satu tempat itu, maka mereka lah yang akan bertanding semula di tempat yang berkaitan.
00:44Itu prinsipnya begitu. Walaupun demikian, mungkin ada perbincangan yang lain yang perlu dibuat.
00:56Saya selaku timbalan fungsi perhubungan, menunggu green light lah kalau dibinta berbincang.
01:05Sementara ada perbincangan itu, janganlah menjerit sana, menjerit sini.
01:12Tak elok ya.
01:13Sebab kita satu keluarga.
01:15Lainlah kalau kita tak satu keluarga.
01:17Ketua PH Johor, Aminul Huda Hassan sebelum ini mencadangkan konsep free for all, di mana semua parti dibenarkan bertanding di mana-mana kerusi.
01:27Katanya ini bagi mengelakkan polemik kerjasama di antara parti komponen kerajaan perpaduan.
01:32Pada PRN 2022, BN menang besar dengan majoriti 2 per 3 di Johor, menguasai 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri.
01:41Manakala PH memenangi 12 kerusi termasuk 1 milik amanah di Don Simpangjeram.
Comments

Recommended