00:00Syarikat penerbangan milik Sarawak Air Borneo sedang dalam proses akhir memuktamadkan sektor antarabangsa yang dijangka dimulakan pada Julai.
00:09Premier Tan Sri Abang Johari Tun Oping berkata beberapa destinasi yang telah dikenalpasti termasuk Jepun, Korea Selatan, Singapura serta beberapa negara ASEAN lain.
00:22Tegas Abang Johari untuk tujuan tersebut, pesawat yang lebih besar akan digunakan.
00:26manakala di sektor tertentu, di Kepulauan Borneo yang jaraknya lebih pendek, ia menggunakan pesawat jenis ATR.
00:32Kita lihat setelah bulan 7, kerana kita ada operasi jet.
00:39Dan dengan jet ini kita akan menghubungkan kucing kepada destinasi luar negara.
00:46Masuklah Jepun, Korea dan juga ASEAN.
00:51Dalam ASEAN.
00:53Kalau Borneo, Balik Papan, Samarinda, Ponsena, kita lihat itu kita boleh guna ATR.
01:02Dan ATR setiapun, configuration ini akan kita ubah.
01:07More comfortable lah dalam ATR.
01:10Abang Johari optimis, dengan perancangan ini, bukan sahaja kemasukan pelancong akan meningkat.
01:19Namun ia dapat menjana kemasukan pelancong kesihatan.
01:22Malah katanya, dengan adanya hospital-hospital swasta baru yang kini sedang dibina dan dirancang,
01:27termasuk yang bertaraf lima bintang, jumlah pengunjung dalam sektor ini dijangka akan terus meningkat.
01:32Dalam tempoh lima tahun akan datang.
01:34Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyertai aktiviti berjalan untuk kesihatan
01:39di dataran Ibu Pertiwi di Kucing pada Ahad.
01:43Air Borneo telah memulakan operasinya pada 2 Julai lepas
01:45menggunakan pesawat jenis ATR dan Twin Otter
01:47bagi meneruskan laluan perkhidmatan luar bandar
01:50yang sebelum ini dioperasikan oleh Mas Wings.
Comments